Quantcast
Channel: Government – Vectorise Logo
Viewing all 112 articles
Browse latest View live

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)


MITI – Ministry of International Trade & Industry

$
0
0

Logo Ministry of International Trade & Industry - MITI (new)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri or Ministry of International Trade and Industry (MITI), was first established as Ministry of Commerce and Industry since 1956. The Ministry was then renamed the Ministry of Trade and Industry in 1972. Later in 1990, the Ministry was separated into two Ministries which are

  1. Ministry of International Trade and Industry (MITI)
  2. Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (KPDN)

..and recently they rebrand their image with the new logo replacing the old logo.. but the old one looks nicer..

Download

 

Soaring Upwards

$
0
0

Soaring Upwards
‘SOARING Upwards’ (peningkatan berterusan) adalah laungan semangat (‘Battle Cry’) perjuangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diterajui oleh Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi untuk semua warga KPT. ‘Soaring Upwards’ menjadi inspirasi dan motivasi warga KPT untuk bergerak seia sekata, serentak seirama bagi meningkatkan kualiti pencapaian serta terus mara ke hadapan. Melalui Jelajah ‘KPT: Soaring Upwards’ yang sedang berlangsung, KPT akan ke beberapa negeri untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) dan pada masa sama berkongsi dan menguar-uarkan kejayaan serta pencapaian sistem Pendidikan Tinggi Malaysia.
download-button-02

Muafakat Johor

Institut Sukan Negara – ISN (New)

$
0
0

Logo ISN - Institut Sukan Negara

Institut Sukan Negara – ISN adalah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan – KBS yang merupakan peneraju kepada pembangunan kemajuan dan kecemerlangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara. Kecemerlangan dan kejayaan terhadap peningkatan prestasi atlet dan sukan negara menjadi fokus utama ISN kerana kejayaan melahirkan atlet bertaraf dunia adalah melalui penerapan elemen sains sukan dan perubatan sukan yang bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah menjadi seorang atlet bertaraf dunia.

• Visi – Institut Kecemerlangan Peneraju Aplikasi Ilmu dalam Sukan berlandaskan Amalan dan Bukti-bukti Saintifik.

• Misi – Selaras dengan Visinya, ISN akan memastikan Amalan, Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan di dalam Perubatan, Sains dan Teknologi berada di tahap Antarabangsa.

• Motto – Peneraju Kecemerlangan Sains, Perubatan dan Teknologi Sukan.

DOWNLOAD

– Previous version of ISN logo (Ai & PSD version) here

 

Perumahan & Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB)

$
0
0

Logo Perumahan & Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB)

Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB), adalah syarikat milik penuh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). LPHS adalah salah sebuah Agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor, yang berfungsi untuk menggalakkan pembangunan perumahan dan hartanah di Selangor. Motonya adalah ‘1 Keluarga 1 Hartanah’. Info lanjut sila layari http://phssb.com

DOWNLOAD

 

Malaysia Crime Prevention Foundation – MCPF

$
0
0

MCPF

Malaysia Crime Prevention Foundation – MCPF is a Non-Profit and Non Government Organisation which was established in 1993 (in Malaysia), as a Chapter of the Asia Crime Prevention Foundation, which is based in Tokyo, Japan and is the first Chapter to be established outside Japan.

 

The objectives of MCPF are, to promote public awareness in crime prevention at all times and to get public participation in crime prevention efforts of the Government and other interested parties. MCPF also aims to contribute to the enhancement of effective measures for crime prevention and treatment of offenders. The ultimate goal is peace, stability and zero-crime level in the Country.

Download

 

Akademi Binaan Malaysia

$
0
0

Logo Akedemi Binaan Malaysia - ABM

Akademi Binaan Malaysia (ABM) merupakan anak syarikat CIDB Holding Sdn. Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh CIDB Malaysia. ABM adalah agensi latihan & akreditasi CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) yang bertanggungjawab terhadap industri pembinaan negara bagi melatih dan mengeluarkan tenaga mahir yang dilengkapi dengan kesesuian kemahiran, standard, kecekapan, kualiti dan produktiviti.

Objektif ABM

  1. Melahirkan lebih ramai personel binaan mahir dan separuh mahir tempatan.
  2. Menyediakan peluang kepada pekerja binaan mempertingkatkan tahap kemahiran.
  3. Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, peka keselamatan, mementingkan kualiti dan cekap.
  4. Menyokong industri pembinaan, memupuk daya saing selari dengan teknologi yang semakin maju.
  5. Membangun dan merintis laluan untuk mengeksport pekerja mahir tempatan ke luar negara.
  6. Menyediakan kursus yang lebih terancang dengan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi.

Download

 


Skuad Muda 1 JPJ

$
0
0

Logo Skuad Muda 1 JPJ

Skuad Muda 1 JPJ adalah inisiatif Jabatan Pengangkutan Jalan – JPJ setelah membuat ‘social engagement’ dengan rakyat, khususnya semasa musim perayaan, supaya rakyat menjadi mata dan telinga JPJ untuk melaporkan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya. Inisiatif ini didapati berkesan dalam meningkatkan kesedaran tentang pemanduan berhemah dan pematuhan undang-undang di kalangan pengguna jalan raya selain memupuk semangat kesukarelaan di kalangan rakyat secara amnya. Inisiatif ini dicadang diperkasakan dengan penubuhan satu skuad sukarela yang lebih berstruktur dan mempunyai keahlian rasmi yang akan mempunyai saluran khusus untuk berinteraksi dengan JPJ bagi menjalankan kerja-kerja kesukarelaan, khususnya dalam bidang keselamatan jalan raya.

Download

 

Jabatan Pendaftaran Negara – JPN

$
0
0

Logo Jabatan Pendaftaran Negara - JPN

Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia – JPN, (National Registration Department of Malaysia) yang bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri – KDN, bertanggungjawab mendaftar perihal penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, perkahwinan dan perceraian. JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan individu dan mengeluarkan dokumen identiti (ID) individu termasuklah kad pengenalan (IC) serta Pasport.

Ibupejabat JPN beralamat di, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri, No 20, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

Download

 

Biro Institut Pengajian Tinggi Swasta UMNO Malaysia

$
0
0

Logo Biro IPTS UMNO

Biro Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) UMNO Malaysia telah ditubuhkan pada 29 Januari 2016 lalu. Pengerusinya Datuk Razali Ibrahim baru-baru ini mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama biro itu sejak penubuhannya. Antaranya tawaran pembiayaan pendidikan berbentuk biasiswa sebanyak RM10 juta kepada 50 pelajar yang terpilih bagi mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swatsa – IPTS seluruh Malaysia. Biro IPTS UMNO ini juga berperanan sebagai badan yang diharapkan mempu untuk menjaga kebajikan serta mendengar rintihan dan permasalahan para pelajar di seluruh IPTS dalam mengejar kecemerlangan di setiap IPTS yang terdapat dalam negara. Selain dari itu, biro ini juga berperanan untuk menyusun program-program penerangan terhadap dasar-dasar kerajaan bila diperlukan.

Download

 

Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang – LKPP

$
0
0

Logo Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang - LKPP

Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP Negeri Pahang) telah ditubuhkan pada 15 November, 1969 dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 01 April, 1971 (Pindaan 2002).

Visi – Menjadi peneraju bagi Kerajaan Negeri di dalam bidang perusahaan pertanian serta bidang-bidang lain di dalam memacu Negeri Pahang menjadi Negeri Maju menjelang tahun 2020.

Misi – Menjadi agensi yang dinamik dan progresif melalui penglibatan di dalam aktiviti-aktiviti yang produktif, berdaya saing dan menguntungkan.

Logo LKPP melambangkan nilai-nilai korporat yang menekankan kecekapan, inovasi, dinamik, produktiviti & pertumbuhan. Di dalam bulatan ialah pokok kelapa sawit yang melambangkan perusahaan pertanian iaitu kegiatan utama LKPP yang menandakan kekuatan & kestabilan pengurusan pentadbiran LKPP di samping kepakaran yang diperolehi sekian lama. Sementara cabang pelepah menunjukkan arah pelbagai kegiatan LKPP yang menandakan potensi untuk pembangunan dan pertumbuhan masa depan. Warna hijau menegaskan keiltizaman bidang pertanian & warna hitam serta putih adalah warna rasmi Negeri Pahang Darul Makmur.

Download

 

Transformasi Terengganu Baharu – TTB

$
0
0

Transformasi Terengganu Baharu

Transformasi Terengganu Baharu – TTB adalah antara pembaharuan yang diperkenalkan dan dibangunkan oleh kerajaan negeri Terengganu seiring dengan Transformasi dari kerajaan pusat. Antaranya adalah 8 Prinsip Transformasi Terengganu Baharu – TTB:
1- Inklusif – Suara Rakyat Suara Keramat
2- Masjid Dan Surau – Sumber Penyatuan
3- Keluarga Bahagia – Rakyat Sejahtera
4- Integriti – Bersih Dalaman Dan Luaran
5- Mesra – Tapi Tegas
6- Disiplin Kerja Yang Tinggi
7- Seruan Perpaduan
8- Memperkasa Pendidikan

Download Logo TTB

 

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

$
0
0

lembaga-urus-air-selangor

LUAS dilancarkan pada 18 September 1999, oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang.

Ahli Lembaga Pengarah LUAS dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah LUAS sendiri sebagai Setiausaha. Manakala ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain terdiri daripada Penasihat Undang-undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta 5 orang yang dilantik berdasarkan kepakaran mereka di dalam bidang pengurusan sumber air.

download-button-02

Visit Pahang 2017

$
0
0

vip2017

Next year, 2017 will be the visit Pahang promotion organised by Pahang Tourism of Malaysia. Visit Pahang 2017 promoting some popular holiday destinations, the famous islands, National Park adventurous places, elephant riding and many more activities awaiting visitors. The Visit Pahang 2017 with the word ‘Hogoh‘ is a colloquial term often used by the people of Pahang. Believed to have been first used by Pahang fans during football matches to spur on their team, Hogoh doesn’t have a direct translation, however it can mean to ‘push harder’ or just ‘go for it’. Nowadays, it is also being used as a term meant to motivate and encourage.

Taking this into account, Pahang Tourism has adopted ‘Hogoh Pahang’ as its’ new tagline to promote Visit Pahang 2017 and has incorporated an elephant into its logo design. This reflects the recognition of the Asian Elephant, an indigenous species to Pahang, which is critically endangered with less than 1,200 roaming wild in Peninsula Malaysia. At the same time promoting awareness of this endangered species and support for the National Elephant Conservation Centre in Kuala Gandah, Pahang. The tagline also aims to support and promote Pahang culture whilst instilling a sense of pride amongst the people of the state of Pahang and use ‘Hogoh Pahang’ as a rallying cry to bring the people together and welcome visitors during Visit Pahang 2017.

Download

 


Majlis Perbandaran Kangar

$
0
0

Majlis Perbandaran Kangar

Majlis Perbandaran Kangar dibentuk hasil daripada usaha Pihak Kerajaan Negeri Perlis yang telah menyarankan agar kesemua Penguasa Tempatan di negeri disatukan bagi memastikan sistem pentadbiran dan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih cemerlang. Memandangkan Negeri Perlis adalah merupakan sebuah negeri yang unik dari segi keluasannya, maka yang demikian telah diputuskan bahawa hanya satu pusat pihak Penguasa Tempatan yang harus diwujudkan. Sehubungan dengan itu, Penguasa tempatan yang diwujudkan telah diberi taraf otonomi dan dinamakan Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Download

 

Parlimen Belia Malaysia – PBM

$
0
0

Logo Parlimen Belia Malaysia - PBM

Parlimen Belia Malaysia – PBM, berperanan sebagai satu platform untuk belia menyuarakan idea dan pandangan. Pewujudan Parlimen Belia Malaysia ini hampir menyamai Parlimen Belia di kebanyakan negara maju seperti Australia, United Kingdom, New Zealand dan Negara-negara Eropah. Semua belia warganegara Malaysia yang berumur 15-40 tahun boleh mengambil bahagian di dalam program ini. Mereka perlu mendaftar di dalam Sistem Pemilihan Ahli Parlimen Belia (e-PBM) di epbm.parlimenbelia.gov.my. Mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun ini akan berperanan sebagai pemilih kepada Ahli Parlimen Belia Malaysia – APBM.

Antara peranan PBM adalah:

  • – Melaksanakan Program Belia Akar Umbi,
  • – Menghubungkan Belia Dengan Kerajaan
  • – Membahaskan Dasar Untuk Belia
  • – Meningkatkan Pengetahuan dan Kemahiran Kepimpinan

Download Logo

 

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan – JKSNS

$
0
0

Logo Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan - JKSNS

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan – JKSNS telah ditubuh berdasarkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sembilan pada 1960, dinamakan Mahkamah Kadi yang ditadbir dibawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan – JHEAINS. Pada tahun 1986, telah berlaku penyusunan semula Mahkamah dan dinamakan Mahkamah Syariah. Pada tahun 1991, Mahkamah Syariah telah diasingkan dari pengurusan JHEAINS dan mempunyai pentadbiran sendiri yang dinamakan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

JKSNS terdiri daripada Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan 7 buah Mahkamah Rendah. Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Seremban  terletak di kawasan yang sama di Seremban manakala Mahkamah Rendah yang lain terletak di daerah-daerah iaitu Kuala Pilah, Tampin, Jelebu, Jempol, Port Dickson dan Rembau. Pusat pentadbiran JKSNS beroperasi di Mahkamah Tinggi Syariah.

JKSNS bertanggungjawab mengurus perjalanan kes Mal dan kes Jenayah di semua peringkat; Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah berdasarkan bidangkuasa yang diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan ) 2003.

Download Logo

 

Majlis Daerah Baling

$
0
0

Logo Majlis Daerah Baling

Majlis Daerah Kerajaan Tempatan, Kedah, ditubuhkan pada 01 April 1976 selepas penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan.
Terdiri daripada 2 buah Lembaga Bandaran dan 3 buah Majlis Mesyuarat Tempatan
a) Lembaga Bandaran Baling
b) Lembaga Bandaran Kuala Pegang
c) Majlis Tempatan Kuala Ketil
d) Majlis Tempatan Tawar
e) Majlis Tempatan Kupang

Pada tahun 1987, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan telah ditukar nama kepada Majlis Daerah Baling.

Download

 

Bomba dan Penyelamat

$
0
0

Logo Bomba dan Penyelamat Malaysia

updated

Bomba & Penyelamat Malaysia, Firebrigade was formed since 1883 with 15 members of the Volunteer Fire Services in Selangor. In 1895 the volunteer organisation became the Permanent Fire and Rescue Services. After the World War II in 1946, a new ‘Malayan Union Fire Services’ was formed and based in Kuala Lumpur.

In 1977, the state fire services in Peninsular Malaysia were centralised as the Fire Services Department of Malaysia at federal level and placed under the Ministry Housing and Local Government, and Sabah and Sarawak were brought under the new department in 1981. Later in 1997 the ministry approved to re-brand the department from the old name to be Fire and Rescue Department of Malaysia. This moment was officially announced during the launching of the new name, logo and flag of the department.

Download

 

Viewing all 112 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>